RUKUN NEGARA
PENGENALAN
Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan
dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan
persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut
dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak
berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk
sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat
membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.
Di
negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan
ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang,
objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal
setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut
telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi
memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental.
Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk
garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni.
Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman
bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.
Rukun
Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu
masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan
yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat
progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
PERMASALAHAN KAJIAN
Secara umumnya rakyat Malaysia masih lagi tidak tahu maksud Rukun Negara . Mereka tidak mempraktikkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian . 90% rakyat Malaysia hanya tahu melafazkannya tidak sampai ke hati . Kebanyakan dari mereka tidak mempunyai inisiatif langsung untuk menghafal ataupun mengambil berat betapa pentingnya Rukun Negara kepada individu dan juga negara . Hal ini disebabkan oleh , zaman teknologi yang terlalu pesat berkembang dan pengaruh oleh budaya negara luar yang menyebabkan fikiran rakyat Malaysia menjadi sempit dan malas untuk berfikir .
Rakyat Malaysia kurang mendalami dan memahami rukun negara. Selain itu, rakyat Malaysia tidak mahu mengendahkan rukun negara kerana ia dianggap perkara remeh sedangkan rukun negara dilaksanakan setelah berlakunya rusuhan kaum. Pelajar-pelajar juga kurang berminat untuk mengambil tahu dan mempelajari tentang sejarah terciptanya rukun negara. Akhir sekali, pertahanan negara akan menjadi longgar ekoran sikap rakyat di negara ini yang tidak mahu mengamalkan rukun negara dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Dapat mencapai satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
2. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya.
3. Memperkenalkan Rukun Negara kepada masyarakat supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara.
4. Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum.
5. Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti.
6. Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan pantang larang kaum-kaum di Malaysia.
7. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.
1. Dapat mencapai satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
2. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya.
3. Memperkenalkan Rukun Negara kepada masyarakat supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara.
4. Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum.
5. Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti.
6. Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan pantang larang kaum-kaum di Malaysia.
7. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.
METODOLOGI KAJIAN
Bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang diperlukan bagi menyiapkan tugasan ini,kami telah menggunakan beberapa kaedah yang kami rasakan senang untuk kami lakukan yang juga akan memperoleh maklumat dengan banyak.Kaedah pertama yang kami gunakan adalah dengan menggunakan kaedah penyelidikan.Kami telah pergi ke perpustakaan di kawasan kediaman kami dan menggunakan beberapa jenis rujukan untuk mencari fakta dan maklumat yang berkenaan.Kami telah merujuk buku,ensiklopedia,surat khabar dan jurnal bagi memenuhi hasil kajian ini.
Bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang diperlukan bagi menyiapkan tugasan ini,kami telah menggunakan beberapa kaedah yang kami rasakan senang untuk kami lakukan yang juga akan memperoleh maklumat dengan banyak.Kaedah pertama yang kami gunakan adalah dengan menggunakan kaedah penyelidikan.Kami telah pergi ke perpustakaan di kawasan kediaman kami dan menggunakan beberapa jenis rujukan untuk mencari fakta dan maklumat yang berkenaan.Kami telah merujuk buku,ensiklopedia,surat khabar dan jurnal bagi memenuhi hasil kajian ini.
Selain itu kami telah menggunakan kaedah melayari internet.Kami telah membuat rujukan tentang prinsip-prinsip rukun negara dengan membuka beberapa laman web di internet.Banyak maklumat yang kami perolehi dari kaedah ini.Semua alamat laman web itu telah kami lampirkan di halaman rujukan.
Akhir sekali,kami telah menggunakan kaedah soal selidik.Kami telah mengedarkan borang kaji soal selidik kepada responden-responden kami seramai 15 orang dari kelas D1B1B.Kaedah-kaedah ini banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA
1)
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Prinsip ini menggambarkan
bahawa asas
kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita.
Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman
komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah
menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.
Di dalam
Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi
Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.
Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan
beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan
pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.
Setiap penganut
agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina
keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta
permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak
sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan
yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling
bertoleransi.
2) KESETIAAN
KEPADA RAJA DAN NEGARA
Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai
kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan
Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah
ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada
komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.
Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan
kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal
kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di
peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja
yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu
membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja
adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru,
institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak
wajar dipolitikkan sama sekali.
3)KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai
Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian
dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan
Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang
menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam
Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk
menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan
atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi
jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua
kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan
ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan
kesahihan sesuatu undang-undang.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Setiap negara mempunyai undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur.
Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan
undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap
rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang
driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).
Oleh itu, keadilan merupakan elemen
penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa
kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti
perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan
kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas
dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara
Malaysia.
Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita
bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan
Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera
apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan
atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk
dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan
Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan
subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.
5) KESOPANAN DAN
KESUSILAAN
Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat
dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina
sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan
akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan
dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan
nilai-nilai murni.
Kehidupan yang bersusila dan bersopan
santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya
tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan
persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya,
asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang
dianutinya.
Kerajaan amat prihatin untuk membentuk
masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru,
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan
mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan
santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan
prinsip kelima Rukun negara itu.
Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat
sebagai ‘internal cohesion’
atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di
kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu
masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.
DAPATAN KAJIAN
Melalui kajian
soal selidik yang telah dijalankan,kami mendapati bahawa peratusan penyelidikan
pada setiap bahagian adalah seperti berikut:
BAHAGIAN B:
HURAIAN RINGKAS TENTANG RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
* Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
* Memelihara cara hidup demokratik
* Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati secara adil dan saksama
* Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak
* Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Ikrar : Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
* Kepercayaan kepada Tuhan
* Kesetiaan kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-undang
* Kesopanan dan Kesusilaan
Kenapa Rukun Negara dibentuk
Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.
Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.
Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil.
MATLAMAT DAN KEPENTINGAN RUKUN
NEGARA KEPADA NEGARA
1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Pelembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkademokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah di utamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu tidak, jika hendak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.
3. Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-cita kan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.
4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang Negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.
5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020.
Rukun Negara sebagai Etika, Falsafah dan Ideologi
Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya `kesatuan hati'. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna `konflik' yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.
Di negara kita, kerajaan menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu.
Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal selepas berlaku peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa itu mendorong pemimpin negara daripada pelbagai kaum memikirkan formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental.
Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN), lahirlah Rukun Negara. Ia digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat bersatu padu, adil dan harmoni.
Ideologi negara ini diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970, iaitu ketika negara menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.
Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak dan untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
Lima prinsip Rukun Negara pula ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ia mesti difahami dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakyat di negara ini.
PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI
PENGAJARAN
Secara keseluruhannya terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai panduan untuk menaikkan semangat mencintai rukun Negara. Antara pengajaran yang diperolehi , rakyat Malaysia seharusnya ,mengambil iktibar daripada kejadian rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Selain itu, rakyat Malaysia juga perlu mengamalkan cara hidup demokratik supaya dapat mencipta masyarakat yang adil demi menjaga kemakmuran Negara. Akhir sekali, rakyat Malaysia haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup di Malaysia .
SARANAN
Saranannya, setiap rakyat Malaysia perlulah berusaha ke arah menjadikan Negara maju mengikut acuan kita sendiri. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan tentang rukun Negara. Semangat patriotik yang membara dalam diri setiap rakyat Malaysia dapat membentuk rakyat bersatu padu dan harmoni. Akhir sekali, untuk mengekalkan perpaduan yang utuh rakyat Malaysia haruslah mempunyai pengetahuan tentang rukun Negara yang ditubuhkan.
KESIMPULAN
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuk Malaysia. Ia penting kerana tampa perpaduan, sebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk di bangunkan dan mudah di ancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan bertapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tampa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
SUMBER
RUJUKAN
·
INTERNET - Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
·
INTERNET - Abdul
Rahman Abdul Aziz
·
INTERNET - Irfan
Khalil
·
INTERNET – Zailani Zakaria
·
INTERNET – Anizyn
http://anizyn.blogspot.com/2010/10/rukun-negara-sebagai-etika-falsafah-dan.html
·
BUKU – Pengajian
Malaysia
Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin
(2014), Pengajian Malaysia Edisi Kelima, Kuala Lumpur : Impression One Sdn Bhd
LAMPIRAN
very good read!
ReplyDeleteVery informative and educative material. Perhaps it could be good idea to publish the same in English so as to give wider publicity for a wonderful and thought provoking subject.
DeleteVery good information for young generation. May I share these..thank you
ReplyDeleteVery good information for young generation. May I share these..thank you
ReplyDeleteVery good information.. I like them.. It can be my refrence.. Thank you..
ReplyDeletevery good
ReplyDeleteIni adalah syirik. Dasar ini sungguh bertentangan dengan syariat islam. Hukum allah ada yang paling tertinggi. Bukan hukum syaitan kalian
ReplyDeleteSyirik Akbar... Menyerahkan hak mengatur kehidupan manusia yang menjadi hak mutlak Allah kepada manusia. Menghalalkan yang diharamkqn Allah dan mengharamkan yang dihalalkan Allah
ReplyDeleteAllah�� Ahad << see another islamist extremist jihadist dumbfvck, SYIRIK YOUR BRAINDEAD HEAD. Malaysia is a constitutional COUNTRY PRACTICING Common Law with Islam as official religion, u braindead Jihadists moron...not an Islamic state where u pedophile can rape little kids and still claim it's acceptable under Islam.
DeleteU need to scram back to your Afghanistan or Saudi Arabia or whatever Islamic-EXTREMISM Jihadists land, u Jihsdidst Extermist nutfvck.
Very good information for young generatiom
ReplyDeletegfdg�� fdgd�� OII islamist extremist jihadist dumbfvck, SYIRIK YOUR BRAINDEAD HEAD. Malaysia is a constitutional COUNTRY PRACTICING Common Law with Islam as official religion, u braindead Jihadists moron...not an Islamic state where u pedophile can rape little kids and still claim it's acceptable under Islam.
ReplyDeleteU need to scram back to your Afghanistan or Saudi Arabia or whatever Islamic-EXTREMISM Jihadists land, u Jihsdidst Extermist nutfvck.
Good rukunegara
ReplyDeleteBetway Casino - Las Vegas, NV Jobs - JTM Hub
ReplyDeleteJTM's Virtual Sports Bar lets you watch sports and 의왕 출장샵 events in-person via live channels 경기도 출장마사지 in your 대구광역 출장마사지 browser, 영주 출장안마 and it's 정읍 출장안마 not like the Betway app